Showing posts with label MASAF Projects. Show all posts
Showing posts with label MASAF Projects. Show all posts

Sunday, 10 April 2011

Kutipan Derma untuk Jepun dan Palestin

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Bonjour,

Sehingga kini, kutipan Masaf "Japanese Relief Fund" berjaya mengutip sebanyak 680 euros dari seluruh perancis.

VIDEO: Quake-hit Japanese region looks to rebuild

Kutipan derma Jepun juga masih dijalankan, sekiranya anda berminat untuk menyumbang, 
sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui mana² wakil lokaliti MASAF atau kepada wakil kami, Syazwan. 

Kutipan derma yang terakhir akan dibuat semasa MASAF Games di Toulon pada 16 April 2011 dan kutipan derma akan diserahkan kepada persatuan AMIR Jepun pada hari berikutnya.


Wakil² lokaliti ialah seperti berikut:

Tours: Fahmi
Colmar : Azizi
Nevers : Muhammad Saifuddin
Aix : Ikhwan
Besançon : Jessica Ang May Ching
Nice : Hannamalai
Toulouse : Ali Hassan
Metz : Ali Hanafiah
Strasbourg : Azreen
Amiens : Hanif Zaki
Paris: Jason Ting
Orléans : Muhammad Zyarif Fikri
Grenoble : Mohamad Ridhuan Shukor
Compiègne : Azri Hizami
Rennes : Syarifuddin Sudirman
Toulon : Emilia Hanis binti Ahmad Nizar

Sempena Aqsa Syarif Le Tour d'Europe : Bersamamu Palestin yang akan berlangsung di Hotel Holiday Inn, Toulon,  
MASAF juga akan melancarkan kutipan "Tabung Bersamamu Palestin" untuk disalurkan kepada Aqsa Syarif seterusnya kepada penduduk-penduduk Palestin.
blogspot.com/p/video.html

php?eid=161170383940748



Kutipan Tabung Bersamamu Palestin ini akan dijalankan seminggu sebelum kedatangan Aqsa Syarif ke Perancis bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat turun ke Toulon untuk turut sama menyumbang sebagai lambang keprihatinan kita kepada nasib penduduk Palestin.

Untuk berbuat demikian, anda boleh membuat virement kepada Kak Reen

MADEMOISELLE WAN-ZAIREEN-NISA YAHYA
RIB : 30004 02288 00000106254 52 

Semua kutipan derma baik Jepun mahupun Palestin akan dikumpulkan ketika di Toulon nanti.


Mari kita hulurkan tangan untuk kurangkan beban...
Together, we can make a difference! =)

Thursday, 24 March 2011

Kemaskini : Pelancaran Tabung Kemanusiaan Masaf untuk Mangsa Tsunami Jepun

Assalamualaikum,salam sejahtera dan bonjour,

Hulurkan tangan,ringankan beban.Ribuan terima kasih diucapkan kepada beberapa orang lagi rakan-rakan kita yang sedia untuk menawarkan diri untuk menjadi wakil kutipan derma Tabung Tsunami Jepun bagi lokaliti yang sebelum ini belum mempunyai seorang wakil.

Mereka ialah :
 
· Tours: Fahmi
· Colmar : Azizi
· Nevers : Muhammad Saifuddin
· Aix : Ikhwan
· Besançon : Jessica Ang May Ching
· Nice : Hannamalai
· Toulouse : Ali Hassan
· Metz : Ali Hanafiah
· Strasbourg : Azreen
· Amiens : Hanif Zaki
· Paris: Jason Ting
· Orléans : Muhammad Zyarif Fikri
· Grenoble : Mohamad Ridhuan Shukor
· Compiègne : Azri Hizami
· Rennes : Syarifuddin Sudirman

· Lille : Mohd.Hafiz

· Toulon : Emilia Hanis binti Ahmad Nizar

Sekali lagi, bagi yang ingin menawarkan diri lagi untuk menjadi wakil kutipan derma tabung tsunami Jepun bagi lokaliti (bandar yang masih belum mempunyai seorang wakil), sila hubungi kami di masaf.info@gmail.com.

Segala kutipan derma akan diserahkan kepada wakil pihak MASAF,Syazwan pada 16 April 2011.Kutipan derma yang terakhir akan dibuat semasa MASAF Games di Toulon pada 17 April 2011 dan kutipan derma akan diserahkan kepada AMIR Jepun pada hari berikutnya.

Link-link video Tabung Kutipan Derman Mangsa Tsunami Jepun MASAF :
v=ID_jxhW85DI&feature=player_embedded
dan
v=aMDR0EZ5koM&feature=player_embedded

Wednesday, 23 March 2011

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Masaf untuk Mangsa Tsunami Jepun

 Assalamualaikum wbt , Bonjour dan Selamat Sejahtera semua,

Sebagaimana maklum, pada 11 Mac 2011 yang lepas, telah berlakunya satu tragedi yang menimpa rakyat Jepun khususnya atas kejadian Gempa bumi dan Tsunami terbesar yang melanda negara matahari terbit itu. Terkini gempa bumi itu direkodkan pada 9.0 skala Richter menjadikan Jepun ditangga kelima mengalami gempa bumi terbesar sejak tahun 1900. Gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Hampir 300 ribu orang dilaporkan menjadi mangsa dan dianggarkan Jepun mengalami kerugian sebanyak $180 billion akibat bencana alam berkenaan.


Bencana alam adalah satu tragedi yang tidak dapat dielakkan dan semestinya seluruh dunia merasai kesedihan yang mengalami rakyat Jepun waktu ini untuk meneruskan hidup selepas berlakunya Tsunami. Apa yang boleh kita bantu selain menghulurkan secebis bantuan keinsanan kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, AMIR selaku salah satu pertubuhan pelajar Malaysia di Jepun memohon jasa baik MASAF sebagai wakil rasmi bagi melancarkan Derma Kilat Bencana Jepun di Perancis.

Link AMIR Jepun :

Nice : Hannamalai
Toulouse : Ali Hassan
Metz : Ali Hanafiah
Strasbourg : Azreen
Amiens : Hanif Zaki
Paris : Jason Ting
Orléans : Muhammad Zyarif
Grenoble : Ridhuan
Compiegne: Azri
Rennes : Syarifuddin Sudirman
Toulon : Emilia Hanis Ahmad Nizar

(Bagi lokaliti yang masih belum tersenarai, dan jika anda mahu menawarkan diri untuk menjadi wakil kutipan, sila hubungi kami di masaf masaf.info@gmail.com untuk keterangan lanjut.)

Bagi yang ingin menderma terus melalui akaun, anda boleh mengirimkan derma anda ke nombor RIB : 30002086000000398362D61( Syazwan Zafwan ) dan pastikan anda meletakksan tajuk "Derma Jepun "


Bantuan yang disalurkan kepada MASAF akan diserahkan kepada AMIR Jepun pada akhir bulan April bagi membantu warga Jepun dan warga Malaysia yang terjejas di sana akibat Tsunami, terutamanya untuk wilayah Tohoku/Sendai dan sekitarnya.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan di Jepun ini dalam menyahut isu kemanusiaan masyarakat antarabangsa. Biarpun bantuan yang dihulurkan mungkin masih belum mampu untuk menampung kerugian akibat Tsunami, namun bantuan ini sememangnya sangat bermakna untuk mereka meneruskan semula kehidupan sebagaimana biasa. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Keprihatinan anda, harapan mereka...

“Japan, Stay Strong...
 Your support is their hope...”


Akhir sekali , sila ke link berikut untuk video promosi Tabung Kemanusiaan Masaf 2011:



http://www.youtube.com/watch?v=ID_jxhW85DI dan



http://www.youtube.com/watch?v=aMDR0EZ5koM

Sekian, terima kasih

Mohamad Syazwan Zafwan
Chief of Publication MASAF 2010/2011