Saturday 30 October 2010

Perkongsian Pelajar Malaysia di Perancis


Nama : Mohamad Azim Abdul Hamid

Bandar : Troyes,Perancis


Kumpulan : JPA 8

Tempat belajar : IUT de Troyes GMP

Bidang : Kejuruteraan Mekanikal

Pada pendapat anda,bagaimana bandar Troyes ?
Bandar Troyes ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah timur Perancis,berdekatan dengan bandar Reims dan hanya satu jam setengah dari Paris dengan keretapi.Bandar ini sederhana saiznya.Di bandar ini,selain daripada IUT dan Faculté,terdapat juga sebuah Grande Ecole,iaitu Université Technologie de Troyes (UTT).
Di samping itu,saya juga tidak mempunyai masalah untuk mencari makanan halal (ayam dan daging halal) kerana terdapat sebuah kedai ayam dan daging halal yang hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit berjalan kaki dari rumah saya untuk ke sana.Selain itu,di pusat bandar juga ada kedai ayam dan daging halal sekiranya saya berada di pusat bandar.Sebuah pasaraya (Intermarché) juga terletak berdekatan dengan rumah saya.
Selain itu,dari segi tempat beribadat,terdapat 3 buah masjid di bandar ini.Saya bersolat di sebuah masjid di pusat bandar.Malah,Terdapat sebuah surau (mussolah) berdekatan di rumah saya.
Selain itu,terdapat sebuah gudang pakaian seperti Factory Outlet Store atau yang juga dipanggil “Magasin d’usine” yang menjadi tumpuan setiap orang yang pergi ke Troyes.Pakaian dijual pada harga yang sangat murah.Hal ini memudahkan saya untuk mencari pakaian baru.

Bagaimana pula dengan sistem pengangkutan di Troyes ?
Sistem pengangkutan utama di Troyes ialah pengangkutan bas.Setaip 10 minit,akan ada satu bas di setiap stesen pada hari bekerja.Malah,terdapat sebuah stesen bas yang hanya berdepan dengan rumah saya yang memudahkan pergerakan saya ke bandar dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan rumah anda?
Rumah saya adalah rumah dibawah CROUS.Saiznya ialah 12m² termasuk bilik air dan tandas.Rumah saya berdekatan dengan IUT.Jadi,hal ini memudahkan pergerakan saya ke IUT.Untuk ke pusat Bandar pula dari rumah saya,saya perlu menaiki bas selama 15 hingga 20 minit.

Bagaimana pula dengan institusi pendidikan anda?
Kelas saya di IUT tamat pada pukul 6.30 petang maksimum,tetapi kebiasaanya,kelas tamat pada pukul 5 petang.Bangunan IUT di sini disatukan sekali dengan département GEII dan RT.Selain itu,untuk ke restaurant universitaire hanya mengambil masa sepuluh minit berjalan kaki dari IUT.Di IUT,bukan saya seorang sahaja pelajar asing,malah,ada juga pelajar dari Gabon dan Vietnam.Responsable saya pula adalah Chef du départment IUT itu sendiri.

Terima kasih saudara Mohamad Azim atas perkongsian anda =)

2 comments:

  1. perkongsian menarik drpd ajiem yg cool =)

    ReplyDelete
  2. instiusi pendidikan berasaskan islam mudah atau tidak untuk dibangunkan di perancis?

    ReplyDelete