Sunday 3 April 2011

Lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ke Perancis

Assalamualaikum,salam sejahtera dan bonjour,

Baru-baru ini,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia,Datuk Sri Mustapha Mohamed,telah mengadakan lawatan secara rasmi selama beberapa hari ke Perancis.

Semasa lawatan rasmi beliau ke sini,beliau telah mengadakan beberapa lawatan dan perjumpaan rasmi dengan syarikat dan kakitangan kerajaan Perancis:
  • Perjumpaan dengan Menteri Kewangan,Ekonomi dan Perdagangan Perancis,Pierre Lellouche
  • Perjumpaan dengan Presiden syarikat Technip
  • Perjumpaan dengan Timbalan Datuk Bandar Paris
  • Perjumpaan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Peugeot,Phillippe Varin
  • Temu ramah oleh kakitangan Syarikat Majalah dan Suratkhabar Perancis,Tios
  • Pertemuan dengan 30 syarikat Perancis yang sudah melabur di Malaysia







Lawatan beliau ke Perancis telah diakhiri dengan jamuan dan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Perancis di Rumah Malaysia,Paris.Jamuan tersebut telah diadakan pada 1 april yang lepas bermula pada pukul 6 petang.

Majlis telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sekitar Paris dan dari bandar-bandar lain di Perancis dan juga oleh wakil-wakil MASAF, Abdul Hadi Azman (Presiden MASAF) dan Mohamad Syazwan (Chief of Publication MASAF).

Majlis dimulakan dengan sesi dialog bersama pelajar dan diakhiri dengan jamuan makan malam yang dianjurkan oleh pihak kedutaan.





Sekian,terima kasih.

Dilaporkan oleh,
Mohamad Syazwan Zafwan
Chief of Publication MASAF 2010/2011

Masaf 4 All,
Bcoz we care =)

1 comment: