
Orléans-Blois Football Club
Pasukan bola sepak yang baru ditubuhkan ini bersedia untuk menggegarkan arena bola sepak pelajar Malaysia di Perancis. Sasaran mereka ; johan pertandingan bola sepak MASAF di Rennes.
Menurut pemain tengah mereka, "Corak permainan kami mirip Arsenal FC, dibarisi oleh pemain² muda yang dahagakan kemenangan. Kami akan melakukan hantaran pendek secara bertubi-tubi untuk menghampiri gawang gol lawan dan seterusnya menjaringkan gol."
Syazwan, pengurus pasukan Orléans-Blois FC pula menegaskan anak buah beliau tidak akan cepat berputus asa. "Kami telah menjalani latihan intensif sebaik sahaja menerima email jemputan daripada MASAF untuk menyertai pertandingan ini. Kami bakal mempertahankan maruah région Centre dan saya yakin pemain² kami tidak akan gentar dengan pasukan tuan rumah, Rennes FC."
Izzat, pemain import terbaru mereka dari Blois yang bakal menyarung jersi nombor 4 pula menambah, "Saya telah lama menantikan saat ini. Setelah ditumpaskan oleh WakChem FC pada pertandingan futsal di Paris tahun lepas, saya kecewa. Saya telah diberi peluang kedua untuk menjulang piala pertandingan bola sepak MASAF. Orléans-Blois FC mempunyai masa depan yang cerah dan saya yakin dengan rakan² sepasukan saya. Gandingan mantap Zack dan Khai mampu merobek gawang gol serta hati pasukan lawan. Saya pula akan berusaha keras untuk membantu mereka mengawal bahagian tengah padang."
Mampukah pasukan muda ini mencabar pasukan² bola sepak lain di Rennes? Sama-sama kita nantikan Sabtu ini untuk mengetahui nasib mereka.
Jika pasukan bola sepak anda mempunyai gambar² menarik untuk dikongsi, sila hantarkan kepada kami : masaf.lagenda@gmail.com
Majulah sukan untuk pelajar² Malaysia di Perancis!
haha....best²...like²...hohoh...:)
ReplyDeleteerrrrkkkkk...hahah
ReplyDeletehahha... ni cerita benar ke?
ReplyDelete