Tuesday 9 November 2010

Jejak Kasih 1



Salam wbt, Salam sejahtera
Jejak Kasih merupakan satu ruangan perkongsian daripada pelajar² yang telah menamatkan pengajian mereka di Perancis. Terima kasih tidak terhingga kepada saudara Mohd Azmil Mohd Noor yang sudi berkongsi pengalaman beliau bersama kita.


Batch : JPA3

Bandar prépa (pelajar JPA / PEKOM) : Colmar


IUT / Classe Prépa :
Cycle Préparatoire Intégré International CHEM.I.ST di
Ecole Chimie Rennes


Ecole / Licence / Master : École Supérieure de Chimie Organique et Minérale (Diplome d'Ingenieur en Chimie de Formulation)


Nasihat tentang bagaimana memilih kursus yang sesuai :
Saya mencadangkan agar para pelajar memilih kursus yang mereka minat, namun disebabkan kesukaran untuk mencari kerja kelak, saya rasa lebih elok jika rakan² memilih kursus / domaine yang mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Sebagai contoh, bidang kejuruteraan mekanikal menawarkan banyak peluang pekerjaan di Malaysia pada waktu ini. Ini hanyalah pendapat peribadi saya, segalanya terletak di tangan anda.

Cara² belajar secara efektif :
Study smart and don't study hard. Betulkan niat dan tanamkan azam setiap kali pergi ke kelas. Berdoa supaya anda akan jadi jurutera yang dapat menyumbang pada negara.


Pilih satu bandar di France di mana anda pernah tinggal di situ dan jelaskan mengapa bandar itu menarik :
Cergy (banlieu Paris). Selalunya jika bercakap tentang banlieu, tentu kita akan membayangkan bandar yang kotor, dinding² yang dicemari dengan graffiti dan penduduk yang tidak mesra. Bagi saya, Cergy mempunyai tarikannya yang tersendiri, malah suasananya nyaman seperti berada di kampung! Terdapat ramai orang Islam di sana, mudah bagi saya untuk mencari makanan halal dan Cergy terletak 40 minit dari Paris. Ada sebuah kedai nasi ayam di sana :-)


Pengalaman stage yang menarik:
Institut Francais de Petrole, Paris. Institut ini mempunyai gerak kerja yang sistematik dan produktif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Mudah bagi anda untuk menjalankan penyelidikan di sini kerana mereka mempunyai kelengkapan (alat, mesin, etc) yang banyak. Rakan sekerja pula ramah-ramah belaka dan senang bagi saya unutk berinteraksi dengan mereka.


Aktiviti kokurikulum yang pernah disertai :
MASAF Games, Graduation Night 2009, dan Jeux Interchimie (pertandingan sukan antara école chimie)


Pengalaman kerja setelah menamatkan pengajian :
Selepas saya menamatkan pengajian pada tahun 2009, saya telah menanam anggur yakni menjadi seorang penganggur selama 6 bulan (4 bulan di Perancis dan 2 bulan di Malaysia). Selepas itu saya bekerja sebagai seorang chemist di BIONAS, Kampung Baru. Saya baru memulakan kerja saya sebagai seorang Pegawai Penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Bandar Baru Bangi.


Negara atau bandar yang paling menarik pernah anda lawati :
Misr (Egypt) dan Cairo, bandar di mana ada banyak tinggalan sejarah Islam. Saya juga berpeluang untuk melawat makam Imam Syafie di sana. Penduduk di sana mengamalkan cara hidup yang sederhana, amat menarik bagi saya.


Kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa menuntut di Perancis :
Bermain ski bersama rakan² JPA3 semasa di Colmar.


Tips / Nasihat untuk pelajar² di France :
Saya cadangkan agar rakan² memilih DUT, License dan kemudian Master dalam pengajian anda kerana banyak masa dapat diluangkan untuk perkara lain selain belajar. Di Malaysia, masih ramai yang tidak mengenali école² yang hebat. Ini hanyalah pendapat peribadi saya, semuanya terpulang pada anda.

Pendapat anda tentang peluang pekerjaan di Malaysia atau kursus² baru yang semakin mendapat perhatian di tanah air :
Go for mechanical engineering! Malaysia sedang membangunkan industri pengeluaran dan banyak peluang pekerjaan terbuka kepada pelajar² kejuruteraan mekanikal. Namun begitu, sistem penyelidikan di Malaysia masih belum maju lagi.

4 comments:

  1. Betul mechanical ada peluang pekerjaan lebih cerah dari segi job market yang berlebihan SEKARANG. tetapi siapa boleh jamin dalam masa 5 tahun kelak peluang pekerjaan akan kekal sama?

    pada pendapat saya, yg penting bukan sahaja minat tapi hala tuju pelajar sendiri. Sama ada kita nak harap2 esok ada peluang pekerjaan atau dengan berbekalkan minat dan ilmu, cipta 'peluang' untuk diri sendiri.

    Certes, pada yang muslim, bila cakap tentang hala tuju, mereka sentiasa berpandangan jauh; syurga, redha Allah swt,etc... tapi jangan lupa pada yg di depan mata.kalau asyik merenung jauh ke depan, takut2 taik anjing 2 langkah di depan plak tak nampak.(agak relevan dengan tahap kebersihan di perancis )

    I'm not interested in persuading any of you(who happen to read this which I doubt the number) in pursuing what course. But I do feel obligated to force you to make your own JUDGEMENTS and OPINIONS for your own SAKE FUTURE. It's not like I'm yelling when I write it on capital.

    And seriously learn French like one day in future you're to live in France. You'll never know. As one of the seniors living in France, I'm quite sad to say the dismal practice of French among Malaysian Students, especially Malays. Maybe because they've more opportunities to gather around and speak more Malay. I'm not saying gathering is bad, but at some point some are 'profiting' the occasions and barely speak French well. Sounds harsh for some people, but the reality appears to be as such.

    Avoid forming 'kampung Malaysia'. You hardly have more time mingling with the society in which you ought to know.

    ReplyDelete
  2. Thank you for this post. Sebagai junior saya kagum dengan senior² yg dah habis belajar ni, x kisahlah di ecole ke, master ke, IUT ke, sbb hidup kat france ni bukanlah semudah yg disangka kan...

    Saya berharap dapat menjadi seperti saudara azmil ni, dapat diplome d'ingenieur, tapi humble je hehe.

    ReplyDelete
  3. Agak setuju dengan beberapa komen di atas. InsyaAllah kita boleh ambil pengajaran dan memperbaiki diri.

    Sedikit teguran juga, boleh ke sape² lepas ni,kalau nak tinggalkan komen, elakkan guna anonymous. Kerana kurang best pada pendapat saya.Merci =)

    ReplyDelete
  4. mana aku nk cari bekas bekas pelajar?

    ReplyDelete