Saturday 1 October 2011

Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera et bonjour.

Pada 17 September 2011, satu majlis sambutan aidilfitri telah diadakan di Besançon. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang di Padang Planoise telah dihadiri oleh lebih kurang 100 org pelajar. Rata-ratanya pelajar dari Besançon sendiri serta pelajar-pelajar Malaysia dari bandar-bandar sekitar Besançon (Belfort, Colmar, Grenoble, Mulhouse, Nevers etc...). Menu raya yg disediakan oleh pelajar-pelajar Besancon telah dihidangkan secara "ala-ala picnic" di padang. Antara menunya adalah nasi himpit, rendang, kuah lontong, sate, kuah kacang, dessert dan banyak lagi.


Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu yang datang memeriahkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Besançon 2011.

Semoga majlis sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan pelajar Malaysia di perantauan. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat sebarang kekurangan.

Akhir kata, " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin " .

Sila layari laman flickr kami untuk melihat lebih bnyak gambar-gambar sambutan hari raya aidilfitri 2011.

Kepada bandar-bandar lain yg menganjurkan majlis sambutan hari raya aidilfitri boleh berkongsi gambar-gambar tersebut di flickr kami.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan,

Mohd Akmali Mokhter
Bendahari MASAF 2011/2011
Mewakili pelajar-pelajar Malaysia di Besançon.

No comments:

Post a Comment