Thursday 30 June 2011

Seuntai Kata Untuk Dirasa

Assalamualaikum wbth, bonjour dan salam sejahtera,

Sesi 2010/2011 telah melabuhkan tirainya. Kini tiba pula sesi 2011/2012 yang akan bermula bagi kami AJK tertinggi (HICOM) MASAF 2011 untuk melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh semua pelajar di Perancis.
  • Hannamalai (Presiden)
  • Jason (Naib Presiden)
  • Anati Asyran (Setiausaha)
  • Mohd Akmali (Bendahari)
  • Aamirulhasyimi Azizi (Chief of Communication)
  • Masruddin (Chief of Publication)
Selaku barisan baru dalam kepimpinan MASAF, tiada apa yang boleh kami katakan melainkan kami akan bertugas sebaik mungkin dalam menjaga kebajikan semua pelajar Malaysia di Perancis. Melalui aktiviti-aktiviti tahunan yang sudah biasa bersama kita lakukan seperti MASAF Games, Education Talk, MASAF Graduation Day dan lain-lain, kami mengharapkan kerjasama daripada semua pelajar tanpa mengira perbezaan geografi, orientasi, agama, budaya, dan bangsa untuk bersama kami dalam menjayakan segala aktiviti tersebut bagi mengeratkan hubungan baik sesama kita dan mengukuhkan semangat satu Malaysia, supaya jati diri kita sebagai anak Malaysia juga turut terpelihara.

Semoga MASAF terus maju dalam membantu semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran di bumi Perancis dan juga meningkatkan kualiti untuk melahirkan insan-insan yang berjaya dalam rencam aspek.

Sekian, terima kasih. Bonne continuation à tous!

2 comments: