Monday 6 June 2011

MASAF Graduation Day 2011 : Panduan Perjalanan ke Restoran Le Pavillon des Oiseaux, Jardin d'Acclimatation, Paris

Le Pavillon des Oiseaux, Jardin d'Acclimatation, Paris
Sabtu 11 Jun 2011
11h00-15h00

Terdapat pelbagai cara untuk pergi ke Jardin d’Acclimatation, dan berikut merupakan laluan yang kami cadangkan :

Ambil Métro laluan nombor satu (M1) dan turun di perhentian Les Sablons. Sebaik sahaja keluar dari tren, anda akan nampak papan tanda ke Jardin d’Acclimatation ini.

Ketika keluar dari stesen Métro cari Rue d’Orleans dan jalan terus sehingga sampai di Bd des Sablons.



Jalan terus di Bd des Sablons kira-kira untuk 170 meter.

Kemudian, di simpang empat, ambil jalan terus ke Route de la Porte des Sablons à la Porte Maillot.



Jalan terus untuk kira-kira 70 meter dan anda akan nampak pintu masuk ke Jardin d’Acclimatation di sebelah kanan anda.




Dari pintu masuk, anda akan bertemu dengan simpang tiga, ambil simpang di kanan untuk pergi ke restoran tempat berlansungnya Masaf Graduation Day.



Jumpa anda di sana =)

1 comment: