Tuesday 3 May 2011

Laporan Program Aqsa Syarif Europe Tour

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Bersempena dengan Masaf Games 2011 yang berlangsung di Toulon pada bulan lepas, para pelajar berkesempatan menghadiri perkongsian Palestin yang dianjurkan oleh pertubuhan Aqsa Syarif : sebuah NGO yang terkehadapan dalam memperjuangkan isu Palestin. Seramai kira – kira 100 pelajar menghadirkan diri yang turut disertai wakil Aqsa Syarif : Tuan Haji Norazmi dan isteri Puan Maznah, Encik Faris Jazlan : Pegawai JPA di Paris, dan juga Encik Megat : Setiuasaha 1 di Kedutaan Malaysia Paris.

Perkongsian yang bermula pada jam 845 pagi bertempat di Toulon Inn Hotel itu banyak menyentuh isu – isu dan cerita – cerita yang tidak pernah dipaparkan di dada akhbar. Realiti di Palestin berjaya dipaparkan dan dibongkar secara jelas oleh Tuan Haji Norazmi. Satu perkara yang menarik yang sempat dikongsikan ialah betapa di Palestin tiada seorangpun yang kurus melidi disebabkan ketiadaan makanan bahkan mereka semua sihat – sihat belaka! Perkongsian ini turut mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan kehadiran seorang warga Palestin yang menetap di Toulon : Encik Mahmud. Walaupun hampir kesemuanya isi perkongsian diolah dalam bahasa Melayu tetapi ini tidak menjadi masalah buat Encik Mahmud untuk turut sama menyertai perkongsian ini.

Tuan Haji Norazmi juga banyak berkongsi pengalaman beliau semasa melakukan rombongan Viva Palestina yang telah merentasi Eropah untuk tiba di Palestin bagi menyalurkan bantuan. Kira – kira pada pukul 11 pagi, perkongsian ini ditamatkan dengan manisnya oleh acara simbolik pemotongan kek, penyampaian sajak penuh energy yang disampaikan oleh saudara Nazareth : Cohort 4 di Besancon, dan juga nyanyian nasyid Freedom oleh para pelajar.





No comments:

Post a Comment