Salam wbt, Salam sejahtera, Salut
Pada 12 Februari yang lepas, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh MASAF telah diadakan di restoran Panda Wok, Paris.
Seramai 65 orang pelajar telah hadir untuk sama-sama meraikan perayaan ini bersama rakan-rakan kita yang berbangsa Cina.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa mereka untuk bersama pelajar-pelajar ialah :
- Tan Sri Abdul Aziz Zainal (Duta Besar Malaysia ke Perancis)
- Mr.Tye Soon Kwai (Presiden Malaysian Association in France)
- Karen Teh Debrosse (Ahli Jawatan Kuasa Malaysian Association in France)
- Arun Tamil Changan (wakil Malaysian Association in France dan Tourism Malaysia)
- Encik Faris Jazlan (wakil Jabatan Perkhidmatan Awam di Perancis)
Sukacita dimaklumkan bahawa JPA dan Malaysia France University Centre (MFUC) telah memberi sedikit sumbangan untuk majlis ini.
Duta Besar Malaysia ke Perancis
Mr.Tye Soon Kwai
Untuk melihat gambar-gambar lain, anda dijemput untuk melawat MASAF Gallery.
No comments:
Post a Comment