Thursday, 10 February 2011

Kolaborasi MASAF dan MPAUK


Pada 29 Januari 2011 yang lalu, MASAF telah berpeluang bertemu dengan Pn Noor Zaitun Yahaya yang merupakan Presiden Malaysian Post-Graduate Association of UK-Eire (MPAUK) dan juga speaker jemputan Education Talk 2011. Peluang yang baik ini telah dimanfaatkan dengan sesi pertemuan di antara beberapa pelajar pasca-siswazah di France dan Presiden MPAUK. Pertubuhan ini merupakan satu pertubuhan khas untuk pelajar sarjana dan siswazah (master dan PhD) yang bertujuan mengumpulkan seramai mungkin penyelidik dan bakal penyelidik untuk berkongsi ilmu dan pandangan terhadap isu-isu akademik, isu negara dan isu dunia secara umumnya.

Di sesi pertemuan ini, Presiden MPAUK menyatakan hasrat beliau untuk meluaskan jaringan pertubuhan ini hingga ke Eropah dan menjemput pelajar-pelajar di France untuk menyertai pertubuhan ini.


Berikut merupakan senarai pasca siswazah yang mendaftarkan diri dengan MPAUK di Paris 29 Januari 2011:

i) Abdul Razak Hashim
ii) Ho xiao Joe
iii) Mohd Asmu'i Mohd Akil
iv) Wan Zaireen Nisa Yahya

Di antara yang turut dibincangkan dalam sesi pertemuan ini ialah, jemputan khas MPAUK kepada pelajar pasca siswazah di Perancis dan secara amnya di Eropah untuk ke Malaysian Post Graduates Conference 2011 di Leeds,UK. Maklumat lanjut berkenaan Konvensyen Saintifik ini akan diberikan kemudian oleh MPAUK. MPAUK juga bercadang membuat lawatan ke universiti di Perancis untuk berkongsi pandangan berkenaan sistem Universiti di Perancis dan juga sistem penyelidikannya.

Pelajar-pelajar pasca-siswazah di Perancis adalah sangat dialu-alukan untuk mendaftar dengan persatuan ini. Permohonan untuk mendaftar bolehlah dihantarkan di mpauk.president1@gmail.com . Untuk maklumat tambahan berkenaan persatuan ini, bolehlah layari di website : http://ukeirempa.org/








No comments:

Post a Comment