Thursday 27 January 2011

MASAF Edu Talk 2011 : Panduan Perjalanan ke Kedutaan Besar Malaysia,Paris


Assalamualaikum,salam sejahtera dan bonjour,

Sebagai panduan kepada saudara/i untuk ke Kedutaan Besar Malaysia di mana akan berlangsungnya program tersebut,saudara/i perlu menaiki metro :

  • Laluan 2 (Porte Dauphine - Nation) : Perhentian metro "Porte Dauphine"
  • Laluan RER C : Perhentian "Avenue Foch"
Perhentian metro dan RER yang dinyatakan di atas ialah perhentian yang berdekatan dengan Kedutaan Besar Malaysia,Paris.

Turut disertakan sekali dalam email ini ialah gambar yang menunjukkan kedudukan perhentian metro dengan Kedutaan Besar Malaysia,Paris.



Sebagai penambah selera semasa program tersebut, kami,pihak MASAF dengan berbangganya ingin mengumumkan bahawa Nasi Lemak Ayam akan dihidangkan sebagai sajian tengahari para peserta nanti.

Tak percaya? Ya,betul,nasi lemak ayam.



Sebagai tanda penghargaan daripada pihak kami,sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang hadir.

Sekian sahaja daripada kami,semoga kita bersua di program MASAF Edu Talk 2011 nanti di Kedutaan Besar Malaysia,Paris.

"Teamwork makes the dream work"

Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment